kipaS-KipAs

Thursday, July 3, 2014

Sebelom kahwin


Ada yang tanya apa bezanya sebelom dan selepas kahwin.


Lama termenung fikir.
Alhamdulillah dapat kahwin muda, xdela dah nak masuk 3series baru kahwin.


Bergantung la korang nak nilai macam mana.

Macam sebelom kahwin dapat la bagi separuh gaji kat parents.
Ala, ape sangat la separuh gaji nak banding dengan dok rumah free, makan xpayah fikir, baju siap bercuci, minyak kereta sponsor. G keje naik moto jimat ckit minyak dgn tol, hehe.
Duit gaji pon takat bayar duit kereta, duit lunch, duit loan belajar.


Sebelom kahwin nak keluar rumah lama2 xboleh, hormat kat parents. Biasalah walau ko dok kejiranan yang ok, mesti ada sebutir dua jiran kau akan bawak mulut pasal anak orang. Waimah cikgu tuisyen datang ngajar pon boleh digosipkan juga.


Sebelom kahwin ada yang kata macam2. Takpelah, Allah Maha Adil. Kalau korang rasa musibah menimpa korang tu mungkin salah satu akibat doa orang teraniaya. Selepas kahwin pon ada gak yang kata macam2, tapi xpelah. Kang korg ditimpa perkara yang sama atau lebih teruk lagi. Amin.


Sebelom kahwin dapat kumpul duit, maklumlah baru kerja dan xkenal sangat bag2 MJ, MK dan ML. Hehe. Keje comp kecik2 pakai beg cikai2 xde hal. Sekarang pakai inspired bag g opis memang kena bahan la. Phuuuu~~~

Owh, sebelom kahwin kalau dana xcukup setiap bulan boleh buat2 manja kat parents, hehe. Owh, xdelah sampai mintak kat orang lain.

Eh dah lewat, nak tido. Esok nak sahur.
Nak kena masuk meeting..
Arghhh..

Sunday, May 25, 2014

Duit Raya 2014



Raya makin menjelang tiba..Eh pehal nak cita raya puasa pun tak masuk lagi. Suka hati lah, kau tak nak baca g main jauh2!

Selalunya raya kami gilir2, almaklumlah kalau kau ada 3kampung, Darling ada 2kampung. Pandai2lah nak bajet macam mana. Bajet dari segi duit tol, duit minyak, servis kereta, baju, makan pakai dan duit raya.

Ok cerita pasal duit raya, memang adil la.
First year raya:
Kalau adik beradik dpt Y amount, sedara mara K amount, kengkawan T amount. Valid utk both.

Second year raya :
Kalau adik beradik dpt Y amount, sedara mara n kengkawan T amount. Valid utk my side je. Side Darling die lak bg. Since tahun ni memang banyak pakai duit T_T 

Mesti musykil kenapa banyak pakai duit kan. Cer korang kira duit minyak jela untuk travel dari 1kampung ke 1kampung. Tapi masa belom kahwin tak fikir pon sebab ayah bayarkan,hehehe. Dah kawin malu la nak mintak! Tol lagi? So bagi berapa yg ikhlas je untuk duit raya. Tak guna bagi banyak2 tapi tak ikhlas atau nak berlagak je. hehehe. 


Tahun ni masih berkira2,  sebab baju raya kita recycle je. Semput nak bayar tailor, time buat tak ingat. Dalam recycle2 ni alhamdulillah ada kengkawan yg baek hati sponsor kain yang cantik2. Kalau sponsor kain tak cantik rugi tempah! Sentap mak nak.

Pastu bagi duit raya ikut kemampuan jela, tak de dah nak ikut orang suh tambah2 ke apa. Dah ni je rezeki nye. Kuih raya tak payah beli, bukan makan. Berkulat dalam almari. Entahlah, kalau raya makan rendang, ketupat, lontong bestnyer. Makan jela, buat tak suka.

Pastu raya kena jalan2 kenal sedara mara, seronok! Tapi i kan pemalu, suka dengar orang cerita jela. Pastu makan2, eh suka nau nak makan kan. Bestnyer. Rasa seronok sebab tak masak tapi dapat makan pastu tak payah cover2. Eh seronok la! Pendek kata raya memang seronok.

Masa ni la jumpa sedara mara, jumpa anak sedara, jumpa kekasih lama? Urm, urm. Hahaha!

Eh kbai.


Tuesday, May 13, 2014

Never



Setiap orang lain citarasa dia.
So tak payah nak suh semua orang ikut citarasa kita.

Plus, i think u need Google untuk tahu perkembangan fesyen semasa.
Or else, study balik not all design suit to petite body.

And in fact kita selalu berharap orang bagi kita hadiah memahal.
Sedangkan kita belikan jenama pasar malam.

Kita comment kereta orang kotor dan bersepah.
Cer tengok kereta sendiri n kereta2 yg kau beli sebelom comment kereta orang.

Kita dok nak up macam orang lain yang mampu.
Tapi sudahnya tanggung hutang.

Lelah!
Lelah!

Tak semestinya dah tua baru mati.
Tak semestinya yang muda hidup lama.

Dan kalau nampak muka orang lain macam, tak perlu paksa.
Sebab dia berhak untuk diri dia.


Btw, don't ask me to borrow or using someone else stuff.
My family never taught me dat way!

Saturday, April 26, 2014

I need vacation




Kan ke best kalau dapat pi kerja jejauh. Suka tengok kawan2 yang pi training or outstation oversea sebab boleh dapat souvenir berbayar..hehehe



Ingat lagi masa Darling pi training. Sebelom hujung minggu je mesti message tanya nak pi mana weekend tu. Bila tau nak pi Tempat A Bukan Nama Sebenar, laju-laju Google nak tahu apa yang best. Siap buat kajian tempatan kot tapi bukan tempat best, tapi apa yang hot item kat situ.

Contoh area tu jual kain, so berkodi2lah gambar pattern yang suh Darling carikkan. Siap transfer duit suh belikan kat family sebab teruja dan terbanyak duit! Hahaha! Pastu En Arif cakap jam kat sana murah. Ok Google lagik dan transfer duit lagi. Ya Allah terujanya masa tu tak dapat dibayangkan. Perfume DoubleL bukan nama sebenar yang sangat2 diidamkankan pon order gak! Punyalah excited tak hingat! Dengan keychain, baju, cekelat abes semua la order! Hujung bulan total up transfer equal to 1month salary. Adessss

Macam masa Kakak chef bukan nama sebenar pi cuti2, nasib baek beliau takde internet connection kat sana. Kalau tak memang hancur leburlah luggage beliau nak isi barang yg diorder. Hehe! Sempat order fridge magnet jerrr. Jerrr hokay! Yerla masa tu bukan musim bonus macam musim husband training. Phewww.

Macam Abang kat opis tu, asal beliau balik kampung ada je benda nak kirim free. Tapi tahun ni behave sikit, tak berani nak mintak ape2. Sebab entahlah. End up bila selalu dapat hadiah tapi kau tak pernah bagi hadiah kat dia, kau rasa malu dengan diri sendirik! Yerla, i sedar diri. Uolz gtu tak?


Kekakak dan kengkabang yang kadang2 baik hati pergi Vacation dalam Masia pon belikan sebenier. Owh, me super likey! Mekaseh sangat. Jasamu ku kenang hingga hujung nyawa.


Yerla, memang kena order pakai duit, mana valid order pakai air liur kan. Kadang2 kesian gak kat orang travel jejauh. Yang maen kirim pakai air liur ni ramai. Cer kalau yang order pakai air liur ni travel, ada die belikan kat korang? Prfttt jela.

I nak pi vacation tapi nak selfish tak mo belikan apa2 kat orang lain, belikan utk diri sendirik je! Malangnya bila sampai je, okay, yang tu nak beli untuk si Polan, yang sesuai utk Si Jemah, aritu Si Melan suka yang ni. End up pi borong utk orang lain, dan bila balik rumah kemas2, barang orang laen yang banyak. Miahahhahahahhaha! Totally me!




Monday, April 7, 2014

Belated Entry

I'm blessed with all nice people around.


Darling thx for awesome birthday presents. From 2009 till date u never forget. I'm the only one who forget urs.
Sorry dear, i guess when all the sales are around, there will present without cake.hewhewhew.

Thx parents and in law for birthday celebration and gifts. Auww, i'm 27 and i'm married and still alive. Alhamdulillah.

Dear friends who will always by my side. Presents, cards and wishes are far beyond words i could thx to you.

And last but not least my dear luvly, thx for being there. For put a smile on my face everyday. For every minute and for every breath i take.

It's a belated post but it seems i'm very busy with my happy life.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Wednesday, January 29, 2014

Congratsss


Alhamdulillah akhirnya parents driver dah terima menantu. Tak payah lah Miss A nak rasa pelik atau bersalah lagi bila jumpa mereka macam masa kenduri kakak sepupu tempoh hari...

Walaupun kami membelakangkan satu sama lain, our words keep falling in walkaway... Errrkkkk..
But i'm happy at last ur mom can accepted someone else. Believe me, i'm not a good daughter in law... Why? i need my sleep on weekend..hehe

Actually, it is not my ittention to come for ur wedding day, tapi sebab nak pay back time kunun, so i did. Miahaaaha #evil laugh... Btw, i noe u looking at us, but come on.. We have to move on. So there is no family potraits of us with yours. Nope. If i'm that girl, i will be sad seeing all this. But u seems to be extra friendly by asking to my mom.. Josh!!!

Btw, your doorgift was awesome.. hehe.. i met ur dad, but not ur mother. Really, i like her as my aunty. Not more.. Hehe.. Urm, noting that u just lost your number, so there will be anymore connection. Just live your new life happily. And main purpose i write this again? #payback



Saturday, January 18, 2014

Hak Milik Orang Jangan Buat Hak Milik Sendiri



Pernah tak korang terasa nak check barang sendiri?
Tapi end up jumpa barang orang laen dalam tempat tu?
So, dah jumpa barang orang lain, tak kan nak guna juga?
Bukan kau yang beli pun. Tak kesian ke dia yang dok sibuk beli tapi kau dok sibuk guna. Memanglah itu pun tak kan nak berkira kan. Tapi cuba kau check berapa banyak.

Memang ada manusia suka pakai barang orang lain. Tak mampu nak beli sendiri la tu. Kesian..... Maaf ye, kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Tak payah guna hak orang sebab dorang pun bukan beli guna hingus.

Mengeluh panjang bila we all bukak topic di group tadi. Tak tahulah berapa ramai yang sanggup share2 ni, eh salah bukan share, tapi ambil barang orang. Tak kan lah tak sedar tak penah beli benda2 gtu kot. So bila ada orang tinggal samada sengaja atau tak, tak perlulah buat harta sendiri. Macam miskin sangat je nak ambil hak orang.

Kalau gaji orang tu 8ribu sekalipun,  duit dia bukan untuk beli barang yang kau amik tu je. Cuba barang kau orang ambil dan suh kau beli lain sebab kau lebih mampu. Ye, tajuknya bukan nilai barangan tersebut, tapi nilai diri kau yang murahnya nak guna hak orang.

Kalau terasa lagi, baguslah. Bawak2lah insaf diri. ChowCinCao..